Sistem Repositori Aplikasi Sektor Awam (RASA) adalah sistem repositori aplikasi yang merekod dan
menyimpan maklumat sistem aplikasi (berkaitan pembangunan dan teknologi) yang terdapat di agensi
Sektor Awam. Repositori ini dibangunkan bagi membolehkan Kerajaan dapat menambahbaik landskap
pengurusan ekosistem digital dalam memacu perkhidmatan digital secara inklusif dan bersepadu.
Repositori ini menyimpan maklumat sistem aplikasi secara berpusat dalam usaha membantu Kerajaan
membuat keputusan yang tepat bagi menyokong faedah pelaburan kerajaan dan memperoleh value for money
melalui pelaksanaan sistem aplikasi pintar yang berimpak tinggi kepada masyarakat dan agensi kerajaan.